Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Taman Jengka Impian merupakan Projek Perumahan Rakyat Mampu Milik (PPRM) yang juga dikenali sebagai Rumah Kos Rendah. Terdapat 300 buah rumah yang telah dibina sebahagiannya untuk orang awam dan penempatan semula Matau. Majoriti penduduk di taman ini adalah semua melayu. Taman ini terletak di kawasan Bandar Tun Abdul Razak Jengka. Taman ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti dewan, surau, taman permainan, gelanggang futsal, tadika perpaduan dan Pusat Internet 1 Malaysia.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Sketch Art

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018

Aktiviti ini dapat membantu meningkatkan imaginasi dan memberi inspirasi kepada kreativiti mereka selain memperkenalkan applikasi yang membantu daya kreativiti mereka....baca selanjutnya

JENGKA CHALLENGE

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018

Aktiviti ini bertujuan untuk menguji tahap dalam bidang pengetahuan am dan kenegaraan. ...baca selanjutnya

LUKISAN 4D

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2018

Aktiviti ini diadakan di PI1M JENGKA IMPIAN untuk menarik minat golongan kanak-kanak mencuba aktiviti yang akan meningkatkan kreativiti sewaktu cuti sekolah....baca selanjutnya

PROGRAM JUALAN SENTUHAN RAKYAT PALIMEN KUALA KRAU

Aktiviti Terkini | 28 Februari 2018

Pasaraya U-Mart mengadakan Jualan Runcit dengan harga murah bagi membantu perbelanjaan rakyat dengan kerjasama Parlimen Kuala Krau ...baca selanjutnya

BACAAN YASSIN JIRAN WANITA TAMAN JENGKA IMPIAN

Aktiviti Terkini | 09 Februari 2018

Bacaan Yassin di adakan di PI1M JENGKA IMPIAN bersama jirawanita, juga di adakan Talk Ringkas KDB dan E-Waste....baca selanjutnya

PUZZLE STEREO HANDWORK

Aktiviti Terkini | 04 Februari 2018

Aktiviti ini diadakan di PI1M JENGKA IMPIAN untuk menarik minat golongan kanak-kanak mencuba aktiviti Kreativiti sewaktu cuti sekolah. ...baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M TAMAN JENGKA IMPIAN

Aktiviti Terkini | 28 Januari 2018

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Taman Jengka Impian diadakan untuk memperkenalkan PI1M kepada penduduk setempat dan sekitar kawasan setempat. Ia juga bertujuan untuk menjalankan hubungan yang baik diantara penduduk setempat dan staff PI1M. Program hari terbuka ini juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada ahli-ahli PI1M dan penduduk taman kerana selalu memberi kerjasama kepada pihak PI1M dalam setiap aktiviti yang dijalankan....baca selanjutnya

"JOM AMBIK TAHU, JOM AMBIK PEDULI" MOH BANTERAS PANGGILAN PALSU

Aktiviti Terkini | 16 Januari 2018

Ceramah Moh Banteras Panggilan Palsu diadakan bagi memberikan pengetahuan kepada komuniti setempat. Program ini juga melibatkan PDRM cawangan daerah Maran dan juga SKMM....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti